Automation

LLM tidak pernah terima permohonan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya

Spread the love


LLM tidak pernah terima permohonan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Jalaluddin Alias, mengesahkan pihaknya tidak pernah menerima permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Menurut beliau, memandangkan pembinaan itu dibuat diatas tanah persendirian dan berkemungkinan pihak berkenaan merasakan tidak perlu membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Kerja Raya (KKR) atau LLM, laporan Harian Metro.

“Tanah itu adalah tanah persendirian namun sebarang pembinaan masih lagi tertakluk kepada undang-undang. Ingin ditegaskan pembinaan plaza tol itu tidak ada kena mengena dengan LLM. LLM juga tidak pernah menerima sebarang permohonan berkaitan pembinaan itu,” katanya.

Tambah beliau, arahan pemberhentian kerja pembinaan daripada Kerajaan Negeri Pahang adalah hak dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri itu. “Sekiranya pihak berkenaan mahu meneruskan kerja pembinaan plaza tol, mereka perlu memohon mengikut prosedur yang sudah ditetapkan,” katanya.

Minggu lalu, tular gambar struktur menyerupai plaza tol yang sedang dibina di di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya. Dalam masa yang sama, jurucakap syarikat mengendalikan jalan ke Genting Highlands iaitu Lingkaran Cekap Sdn Bhd telah mengesahkan bahawa pelawat bakal dikenakan bayaran tol untuk ke tanah tinggi itu tak lama lagi.

Walau bagaimana pun Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarakan arahan kerja-kerja pembinaan plaza tol berkenaan dihentikan. Ahli Parlimen Bentong, Younger Syefura Othman berkata, sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian haruslah mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Beliau berkata, setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan kerajaan negeri Pahang tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol ini.

“Oleh itu, arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh MBK agar pihak pemaju menghentikan sebarang usaha-usaha lanjut pembinaan sehinggalah pihak pemaju menghantar permohonan untuk diteliti sebelum dinilai dan diluluskan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *